PANDUAN LENGKAP BUAT BLOG KHAS UNTUK ANDA

Dapatkan e-book JOM BUAT BLOG(PANDUAN LENGKAP BUAT BLOG)cuma RM 20.00.lKeterangan lanjut layari www.jombuatblog.com atau email ayeserame@yahoo.com

TV & RADIO LIVE @ JOM CARI KERJA

SELAMAT DATANG KE BLOG JOM CARI KERJA - KEPADA PENCARI KERJA JOM JADIKAN BLOG INI SEBAGAI RUJUKAN UTAMA UNTUK MENDAPATKAN KERJA...TERIMA KASIH

KETERANGAN LANJUT SILA KLIK PADA GAMBAR DIBAWAH

CARIAN KERJA MELALUI GOOGLE

Custom Search

Friday 12 June 2009

SPA tawar 50,000 kekosongan jawatan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) giat berusaha memenuhi 50,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam menjelang akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah.

Beliau berkata, kekosongan itu termasuk 5,000 jawatan doktor, 5,000 jururawat, 300 jurutera, 800 Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan yang lain bagi pelbagai kategori pegawai biasa dan kakitangan sokongan.

Kerajaan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia melanjutkan pendidikan dalam bidang perubatan untuk membantu kerajaan mengatasi kekurangan doktor.

Beliau berkata, lebih banyak biasiswa dan pinjaman diperoleh untuk rakyat Malaysia mengikuti kursus perubatan tempatan dan luar negara.

Pada masa yang sama, katanya Kementerian Kesihatan mengkaji kemungkinan mengambil doktor asing untuk memenuhi kekosongan itu.

Murugiah berkata, sungguhpun jumlah jururawat yang sedang dilatih mencukupi di negara ini, kebanyakannya berminat untuk berkhidmat di luar negara kerana gaji dan kemudahan yang lebih baik.

Beliau berharap rakyat Malaysia mengambil peluang ini untuk memenuhi pelbagai kekosongan kerana kerajaan telah memperbaiki skim gaji dan kemudahan untuk kakitangan awam.

Mereka yang berminat boleh memohon jawatan ini melalui dalam talian www.spa.gov.my.

Untuk keselesaan pemohon luar bandar khasnya di Sabah dan Sarawak, beliau berkata, SPA akan menjalankan temuduga di bandar kawasan itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment