PANDUAN LENGKAP BUAT BLOG KHAS UNTUK ANDA

Dapatkan e-book JOM BUAT BLOG(PANDUAN LENGKAP BUAT BLOG)cuma RM 20.00.lKeterangan lanjut layari www.jombuatblog.com atau email ayeserame@yahoo.com

TV & RADIO LIVE @ JOM CARI KERJA

SELAMAT DATANG KE BLOG JOM CARI KERJA - KEPADA PENCARI KERJA JOM JADIKAN BLOG INI SEBAGAI RUJUKAN UTAMA UNTUK MENDAPATKAN KERJA...TERIMA KASIH

KETERANGAN LANJUT SILA KLIK PADA GAMBAR DIBAWAH

CARIAN KERJA MELALUI GOOGLE

Custom Search

Monday 16 November 2009

SKIM LATIHAN PERANTIS PERUNCITAN (SLPP) PERNAMA

Perwira Niaga Malaysia atau ringkasnya PERNAMA merupakan sebuah perbadanan milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). PERNAMA bertanggungjawab mengendalikan laman niaga serta kedai runcit di dalam Kem-Kem Angkatan Tentera seluruh Malaysia.

Kami mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti Skim Latihan Perantis Peruncitan (SLPP). Skim latihan selama 12 bulan ini bertujuan melahirkan kakitangan terlatih untuk ditempatkan di kedai-kedai PERNAMA. Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan diberikan elaun, kemudahan perubatan dan faedah-faedah sedia ada.

Kelayakan Akademik:

a. Berkelulusan SPM atau SPM V dengan sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu; ATAU
b. Berkelulusan STPM

Calon-calon yang tidak berjaya menamatkan pengajian Matrikulasi/ Diploma/Ijazah juga digalakkan memohon.

Lain-lain Kelayakan :

a. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun.
b. Calon mestilah belum berkahwin (bujang).
c. Mempunyai semangat dan keazaman yang tinggi untuk memajukan diri dalam pekerjaan.
d. Boleh bekerja dimana-mana lokasi yang ditempatkan.

Calon-calon yang berminat dikehendaki mengemukakan permohonan lengkap (satu salinan FOTOSTAT dokumen berikut) :

-Kad Pengenalan
-Sekeping gambar berukuran pasport
-Resume
-Sijil Akademik (PMR/SPM/STPM)

MUAT TURUN BORANG:
http://www.pernama. com/borgslpp. doc

Dan hantarkan ke alamat berikut pada atau sebelum 1 Disember 2009.

Jabatan Sumber Manusia,
Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA),
Peti Surat 2007, Pusat Mel Bukit Raja,
40800 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-3341 0572

*Temuduga akan diadakan di ibu negeri masing-masing.

Sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan kepada:-

Jabatan Sumber Manusia,
Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)
Peti Surat 2007, Pusat Mel Bukit Raja,
40800 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Permohonan secara online boleh dibuat memlalui http://www.pernama. com

Telephone No. : 03-33410572
Fax No. : 03-3349211

No comments:

Post a Comment