PANDUAN LENGKAP BUAT BLOG KHAS UNTUK ANDA

Dapatkan e-book JOM BUAT BLOG(PANDUAN LENGKAP BUAT BLOG)cuma RM 20.00.lKeterangan lanjut layari www.jombuatblog.com atau email ayeserame@yahoo.com

TV & RADIO LIVE @ JOM CARI KERJA

SELAMAT DATANG KE BLOG JOM CARI KERJA - KEPADA PENCARI KERJA JOM JADIKAN BLOG INI SEBAGAI RUJUKAN UTAMA UNTUK MENDAPATKAN KERJA...TERIMA KASIH

KETERANGAN LANJUT SILA KLIK PADA GAMBAR DIBAWAH

CARIAN KERJA MELALUI GOOGLE

Custom Search

Thursday 7 May 2009

JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN LUAR NEGERI (KLN - WISMA PUTRA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam perkhidmatan luar negeri adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak).

JAWATAN:
- PEGAWAI TADBIR N41 (KONTRAK)

Syarat Lantikan:

i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/ tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N41, P1T3 RM 1871.18); atau

ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/ tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N41, P1T4 RM 1961.63); dan

Syarat Tambahan bagi Kementerian Luar Negeri

iii) Calon-calon yang memohon dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.2 ke atas atau yang setaraf dengannya.

iv) Calon-calon yang mempunyai penguasaan bahasa-bahasa utama dunia seperti bahasa Arab, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Sepanyol, bahasa Mandarin, bahasa Jepun dan bahasa Rusia akan diberi keutamaan;

v) Umur calon semasa ditemu duga hendaklah tidak melebihi daripada 30 tahun;

vi) Tempoh kontrak adalah untuk satu (1) tahun dan tempoh perkhidmatan secara kontrak ini boleh dilanjutkan tertakluk kepada prestasi kerja dan perakuan Ketua Jabatan;

vii) Calon-calon yang dipanggil untuk ditemu duga dikehendaki melalui aptitude test sebelum sesi temu duga. Ujian ini adalah bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik dan sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah di peroleh melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.

Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan:

i) Curriculum-vitae;

ii) Dua (2) keping gambar berukuran pasport;

iii) Salinan Sijil / ijazah dan dokumen-dokumen sokongan; dan

iv) Sebuah karangan ringkas dalam bahasa Inggeris dengan tajuk "Why I want to join the Ministry of Foreign Affairs, Malaysia?".

Semua dokumen permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
WISMA PUTRA
NO 1, JALAN WISMA PUTRA
PRESINT 2
62602 PUTRAJAYA
(U.P.:URUS SETIA URUSAN PENGAMBILAN - WALK IN INTERVIEW)

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh dikemukakan kepada email : recruitment@ kln.gov.my

LAMAN WEB : www.kln.gov. my

Tarikh Tutup : TERBUKA

No comments:

Post a Comment