PANDUAN LENGKAP BUAT BLOG KHAS UNTUK ANDA

Dapatkan e-book JOM BUAT BLOG(PANDUAN LENGKAP BUAT BLOG)cuma RM 20.00.lKeterangan lanjut layari www.jombuatblog.com atau email ayeserame@yahoo.com

TV & RADIO LIVE @ JOM CARI KERJA

SELAMAT DATANG KE BLOG JOM CARI KERJA - KEPADA PENCARI KERJA JOM JADIKAN BLOG INI SEBAGAI RUJUKAN UTAMA UNTUK MENDAPATKAN KERJA...TERIMA KASIH

KETERANGAN LANJUT SILA KLIK PADA GAMBAR DIBAWAH

CARIAN KERJA MELALUI GOOGLE

Custom Search

Friday 1 May 2009

Lebih 200,00 peluang pekerjaan diwujudkan tahun ini

Lebih 200,00 peluang pekerjaan diwujudkan tahun ini


KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia mengenal pasti sebanyak 209,675 peluang pekerjaan yang berpotensi pada tahun ini untuk diisi oleh rakyat tempatan, kata Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam hari ini.

Beliau berkata kekosongan itu dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, perladangan, pertanian dan pembinaan.

“Kami berharap akan dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing, di samping majikan terus mengutamakan pengambilan pekerja tempatan,”katanya pada majlis sambutan Hari Pekerja 2009 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini.



Beliau berkata dari 1 Oktober 2008 hingga 30 April tahun ini, seramai 17,436 pekerja tempatan telah diberhentikan secara tetap, manakala 7,418 lagi diberhentikan kerja secara sukarela (VSS).

“Majoriti daripada pekerja-pekerja yang diberhentikan adalah dari sub-sektor elektrik dan elektronik, tekstil dan pakaian serta sektor perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata dengan komitmen dan usaha yang berterusan daripada pihak kementeriannya, sehingga 30 April lalu, seramai 7,285 orang daripada pekerja yang diberhentikan kerja telah berjaya ditempatkan semula.

Kerajaan, katanya, menggalakkan para majikan agar mengambil pekerja yang diberhentikan dengan memberikan beberapa insentif percukaian.

“Kementerian Sumber Manusia bersedia untuk memberi latihan bagi bidang kemahiran yang diperlukan oleh industri, termasuk pemberian elaun kepada pelatih terbabit,” katanya.

Dr Subramaniam juga berkata majikan hendaklah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menarik minat rakyat tempatan bekerja seperti membuat penyesuaian masa bekerja dan menawarkan kadar gaji yang bersesuaian dengan kerja yang dijalankan.

Katanya, antara langkah awal kementeriannya dalam menangani isu pemberhentian pekerja, adalah pewujudan Jawatankuasa Tripartite Pemantauan Pemberhentian Pekerja di peringkat kebangsaan dan negeri yang bermesyuarat setiap bulan untuk memantau dan mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi impak krisis ekonomi terutama terhadap pekerja yang diberhentikan.

Selain itu, kementeriannya juga telah memperluaskan liputan khidmat portal ‘JobsMalaysia’ kepada sektor awam.

“Sejak dilaksanakan mulai Mei 2008 sehingga 26 April lalu, sebanyak 306 majikan dari pelbagai agensi kerajaan telah menggunakan portal JobsMalaysia untuk mencari calon pekerja,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment