PANDUAN LENGKAP BUAT BLOG KHAS UNTUK ANDA

Dapatkan e-book JOM BUAT BLOG(PANDUAN LENGKAP BUAT BLOG)cuma RM 20.00.lKeterangan lanjut layari www.jombuatblog.com atau email ayeserame@yahoo.com

TV & RADIO LIVE @ JOM CARI KERJA

SELAMAT DATANG KE BLOG JOM CARI KERJA - KEPADA PENCARI KERJA JOM JADIKAN BLOG INI SEBAGAI RUJUKAN UTAMA UNTUK MENDAPATKAN KERJA...TERIMA KASIH

KETERANGAN LANJUT SILA KLIK PADA GAMBAR DIBAWAH

CARIAN KERJA MELALUI GOOGLE

Custom Search

Showing posts with label KERJA KOSONG TERKINI. Show all posts
Showing posts with label KERJA KOSONG TERKINI. Show all posts

Monday, 11 May 2009

JAWATAN KOSONG DI KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Terbuka kepada Warganegara Malaysia

JAWATAN:
-PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT - F29
-PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PEGAWAI EKSEKUTIF) - N27
-PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) - W17

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
- Dapatkan Borang Permohonan SPN KN.1 di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan, Tingkat Bawah, Blok 6, Kota Darul Naim, 15503 Kota Bharu, Kelantan.
TIADA BORANG DI INTERNET

Tarikh Tutup : 24 Mei 2009

JAWATAN KOSONG DI YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TAKZIM

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
-Pegawai Rundingcara (S41)

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
http://www.ypkdt. org.my
http://www.ypkdt. org.my/dms/ modules/borang/ borangjwtn09. doc

Tarikh Tutup : 29 Mei 2009

Saturday, 9 May 2009

KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN GRADUAN 2009

Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2009 - Dates: 15th - 17th May 2009 - Time: 10.00 am. - 7.00 pm., Venue: PWTC, Kuala Lumpur

KETERANGAN LANJUT : http://www.mycef.com.my/

Wednesday, 6 May 2009

JAWATAN KOSONG DI UPSI

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
-JURULATIH SUKAN

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
http://bsm.upsi. edu.my/iklan/ iklan.htm

Tarikh Tutup : 20 Mei 2009

Monday, 4 May 2009

KERJA KOSONG DI KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
-PEMANDU KENDERAAN R3
-PENGHANTAR NOTIS N3
-PEMBANTU AM PEJABAT N1
-JAGA R1

Maklumat Lanjut & Cara Memohon :
http://www.jobsmala ysia.gov. my

Tarikh Tutup : 11 Mei 2009

Friday, 1 May 2009

Lebih 200,00 peluang pekerjaan diwujudkan tahun ini

Lebih 200,00 peluang pekerjaan diwujudkan tahun ini


KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia mengenal pasti sebanyak 209,675 peluang pekerjaan yang berpotensi pada tahun ini untuk diisi oleh rakyat tempatan, kata Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam hari ini.

Beliau berkata kekosongan itu dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, perladangan, pertanian dan pembinaan.

“Kami berharap akan dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing, di samping majikan terus mengutamakan pengambilan pekerja tempatan,”katanya pada majlis sambutan Hari Pekerja 2009 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini.



Beliau berkata dari 1 Oktober 2008 hingga 30 April tahun ini, seramai 17,436 pekerja tempatan telah diberhentikan secara tetap, manakala 7,418 lagi diberhentikan kerja secara sukarela (VSS).

“Majoriti daripada pekerja-pekerja yang diberhentikan adalah dari sub-sektor elektrik dan elektronik, tekstil dan pakaian serta sektor perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata dengan komitmen dan usaha yang berterusan daripada pihak kementeriannya, sehingga 30 April lalu, seramai 7,285 orang daripada pekerja yang diberhentikan kerja telah berjaya ditempatkan semula.

Kerajaan, katanya, menggalakkan para majikan agar mengambil pekerja yang diberhentikan dengan memberikan beberapa insentif percukaian.

“Kementerian Sumber Manusia bersedia untuk memberi latihan bagi bidang kemahiran yang diperlukan oleh industri, termasuk pemberian elaun kepada pelatih terbabit,” katanya.

Dr Subramaniam juga berkata majikan hendaklah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menarik minat rakyat tempatan bekerja seperti membuat penyesuaian masa bekerja dan menawarkan kadar gaji yang bersesuaian dengan kerja yang dijalankan.

Katanya, antara langkah awal kementeriannya dalam menangani isu pemberhentian pekerja, adalah pewujudan Jawatankuasa Tripartite Pemantauan Pemberhentian Pekerja di peringkat kebangsaan dan negeri yang bermesyuarat setiap bulan untuk memantau dan mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi impak krisis ekonomi terutama terhadap pekerja yang diberhentikan.

Selain itu, kementeriannya juga telah memperluaskan liputan khidmat portal ‘JobsMalaysia’ kepada sektor awam.

“Sejak dilaksanakan mulai Mei 2008 sehingga 26 April lalu, sebanyak 306 majikan dari pelbagai agensi kerajaan telah menggunakan portal JobsMalaysia untuk mencari calon pekerja,” katanya. - Bernama

Wednesday, 29 April 2009

JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN PELAJARAN

Iklan Temu Duga Terbuka Jawatan Pelantikan Kontrak Untuk Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua Negara
2009-04-27

Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti dinyatakan di bawah untuk menghadiri sesi temuduga terbuka bagi ;

Pegawai Tadbir Kontrak (Lampiran A),
Penolong Pegawai Kontrak (Lampiran B) dan;
Pembantu Tadbir Kontrak (Lampiran C)


KETERANGAN LANJUT >>> KLIK DISINI

Saturday, 25 April 2009

JAWATAN KOSONG DI FAMA

LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA)
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

NOTIS JAWATAN KOSONG

LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memenuhi Syarat-Syarat Perlantikan bagi mengisi kekosongan dalam jawatan berikut :

1.JAWATAN


BIL

JAWATAN

GRED
TARAF JAWATAN
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN

JADUAL GAJI
A.
AKAUNTAN
- 1 kekosongan (Kuching)
W41
Tetap
Kewangan
Pengurusan
dan
Professional
P1T1 RM1702.81 – P1T27 RM4688.95
P2T1 RM1798.82 – P2T27 RM4968.61
P3T1 RM1899.01 – P3T27 RM5255.39
B.
JURUTEKNIK KOMPUTER
- 1 kekosongan (Kuching)
FT17
Tetap
Sistem Maklumat
Sokongan
P1T1 RM843.06 – P1T21 RM2325.37
P2T1 RM896.00 – P2T21 RM2452.46
P3T1 RM950.45 – P3T21 RM2583.95
C.
PEMBANTU EHWAL EKONOMI
- 5 kekosongan (Sarawak)
E17
Tetap
Ekonomi
Sokongan
P1T1 RM821.89 – P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 – P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 – P1T24 RM2399.46
D.
PEMBANTU TADBIR(KESETIAUSAHAAN)
- 1 kekosongan (Kuching)
N17
Tetap
Pentadbiran
dan
Sokongan
Sokongan
P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P1T24 RM2397.95

JAWATAN A : AKAUNTAN GRED W41
Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
i.Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan : W41 : P1T8) ATAU
ii.Ahli Penuh Badan Profesional Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan (Gaji Permulaan : W41:P1T8) ATAU
iii.Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan (Gaji Permulaan : W41:P1T9)
iv.Ahli Penuh Badan Profesional Institut Akauntan Malaysia (Gaji Permulaan : W41:P1T10) DAN
v.Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
Penaklukan di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan : Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred W41 adalah tertakluk dibawah Skim Perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke samasa
Tempoh Percubaan : 1 hingga 3 tahun
JAWATAN B: JURUTEKNIK KOMPUTER GRED F17
Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
i.Sijil Pelajaran Malaysia serta Lulus Subjek Elektrik atau Elektronik atau Teknologi Maklumat pada peperiksaan tersebut ATAU
ii.Sijil Politeknik dalam bidang Teknologi Maklumat atau Prosesan Data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik-Politeknik Tempatan (Gaji Permulaan : FT17 : P1T6) ATAU
iii.Sijil Politeknik dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik-Politeknik Tempatan (Gaji Permulaan : FT17 : P1T9) DAN
iv.Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
Penaklukan di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan : Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Juruteknik Komputer Gred J17 adalah tertakluk dibawah Skim Perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke samasa.
Tempoh Percubaan : 1 hingga 3 tahun
JAWATAN C: PEMBANTU EHWAL EKONOMI GRED E17
Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i.Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan setaraf dengannya (Gaji permulaan pada Gred E17 : P1T1) ATAU
ii.Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan setaraf dengannya (GAji permulaan ialah pada Gred J17: P1T8) DAN
iii.Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
Penaklukan di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan: Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Juruteknik(Awam) dan Mekanikal Gred J17 adalah tertakluk dibawah skim Perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasake samasa.
JAWATAN D: PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) GRED W17
Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
i.Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota pintas (note taking) dengan kederasan 20psm daripada rencana dan menaip salinan trengkas itu sederas 15psm dengan kesalahan tidak melebihi 4% (Gaji Permulaan : Gred N17:P1T2 ATAU
ii.Diploma Sains Kesetiausahaan daripada Politeknik-Politeknik Tempatan (Gaji Permulaan : Gred N17 : P1T9) DAN
iii.Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
Penaklukan dibawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan: Pegawai-Pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17 adalah tertakluk dibawah Skim Perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Tempoh Percubaan : 1 hingga 3 tahun
CATATAN KETERANGAN AM:
i.Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati melalui laman web : www.fama.gov.my
Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. Borang yang lengkap berserta gambar passport terbaru, salinan Kad Pengenalan, Sijil Lahir, Sijil Akademik yang telah diakui sah hendaklah dihantar kepada :-
PENGARAH FAMA NEGERI SARAWAK,
PEJABAT FAMA NEGERI SARAWAK, LOT 6C,D,E, WISMA HAJI SUAIDI, JALAN TUN ABDUL RAHMAN
93050 PETRA JAYA, KUCHING, SARAWAK
ii.Pemohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing dan disertakan dengan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini.
iii.Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
iv.Tarikh tutup permohonan : 30 APRIL 2009.

KETUA PENGARAH FAMA
LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA)




KETERANGAN LANJUT SILA KLIK DISINI

JAWATAN KOSONG YAYAYSAN KEBAJIKAN NEGARA

Jawatan Kosong
--------------------------------------------------------------------------------



Calon-calon yang berkelayakan ditawarkan untuk memohon jawatan-jawatan berikut :-



Jawatan :



1. Pembantu Pegawai Eksekutif .> Maklumat Jawatan & Cara Memohon



Penempatan (Kekosongan)
Kuala Lumpur (1), Zon Utara (1)

Taraf Jawatan :
Kontrak

Tarikh Tutup Permohonan :
08 Mei 2009

Alamatkan Permohonan Kepada :
Ketua Pegawai Eksekutif,
Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia
Tingkat 20, Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

Maklumat Am :
Calon-calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam
tempoh 60 hari daripada tarikh tutup permohonan di anggap
tidak berjaya.



KETERANGAN LANJUT KLIK DI SINI

Thursday, 23 April 2009

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (MPIB)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
-PEKERJA RENDAH AWAM (PRA)

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
http://www.mpib. gov.my
http://www.mpib. gov.my/192

Tarikh Tutup : 12 Mei 2009